Harga emas berada dalam dagangan bercampur-campur Jumaat lalu, turun naik dari paras terendah harian sekitar $1,229.65/oz ke setinggi $1,242.80/oz, sebelum menutup sekitar paras $1,239.65/oz; setelah pasaran dipenuhi aktiviti mengambil untung belian selepas kenaikan sebelum ini. Pada masa yang sama, Indeks Dollar AS terus merosot untuk jatuh ke paras terendah sekitar 94.05 mata, sekaligus menaikkan harga komoditi yang disebutharga dalam Dollar.
Walau bagaimanapun, harga emas masih dipengaruhi oleh prospek kenaikan kadar pada mesyuarat FOMC bulan Jun, apabila “beberapa penganalisis menunjukkan bahawa peningkatan dalam julat sasaran pada mesyuarat FOMC akan datang adalah wajar”, dengan syarat data ekonomi yang diterima adalah kekal konsisten dengan jangkaan mereka.
Pendakian harga minyak membantu para trader bergerak sedikit kembali kepada dagangan ‘risk-on’, sekaligus memberati harga emas dan beberapa aset ‘safe-haven’ yang lain. Harga emas telah berjaya mempertahankan kenaikan di belakang minit mesyuarat FOMC yang agak dovish, yang membayangkan kemungkinan kelewatan dalam kenaikan kadar seterusnya.
[adrotate group=”6″]
Dokumen tersebut mendedahkan bahawa pembuat dasar Feds menjangkakan pertumbuhan yang sederhana dalam ekonomi AS dan petunjuk pasaran pekerja yang bertambah baik, walaupun terdapat risiko yang ditimbulkan oleh perkembangan ekonomi dan kewangan global. Pada mesyuarat dasar FOMC yang terbaru Mac lalu, ahli majlis FOMC mengundi 9-1 untuk memihak kepada mengekalkan julat sasaran bagi kadar dana persekutuan antara 0.25% dan 0.50%.
Undi tunggal untuk menaikkan kadar tersebut adalah dari Presiden Feds cawangan Kansas, Esther George, yang mahukan kenaikan 25 mata asas. Mana-mana prospek kelewatan dalam kenaikan kadar, adalah cenderung untuk menaikkan harga emas, kerana ianya menjadi pelaburan yang lebih menarik berbanding dengan aset yang memberikan pulangan kadar.