Harga emas susut untuk hari ketiga Selasa semalam, lebih $15.20/oz untuk ke paras terendah harian sekitar $1,083.30/oz sebelum menutup sekitar paras $1,086.25; setelah para trader mengambil keuntungan apabila komoditi tersebut tidak dapat bertahan melepasi paras harga $1,100/oz. Emas mengayunkan antara keuntungan dan kerugian selepas mencatatkan minggu terbaik sejak Ogos, dengan lebih banyak penurunan dalam pasaran saham China yang menawarkan sokongan belian ‘safe-haven’ walaupun data pekerjaan AS yang kukuh mengekang kenaikan lebih lanjut.
Emas telah meningkat 4% pada tahun ini, ekoran kebimbangan tentang prospek ekonomi China, kejatuhan pasaran ekuiti dan peningkatan ketegangan geopolitik yang semakin meningkat di Timur Tengah serta Korea Utara yang mencetuskan sentimen ‘risk-off’. Faktor-faktor tersebut dijangka akan reda sepanjang tahun ini, menyebabkan pelabur kembali memberi tumpuan kepada dasar kewangan di Amerika Syarikat, yang menunjuk kepada kenaikan kadar pada tahun ini, menurut Barnard Dadhich, seorang penganalisis Natixis yang berpangkalan di London.
[adrotate group=”6″]
Peniaga jongkong emas berkata selain aliran lemah di luar negara, di mana ia berkurangan selepas mencatatkan minggu terbaik sejak Ogos lalu, kejatuhan permintaan daripada peniaga barang kemas dan peruncit emas pada paras sekarang, menarik balik harga ke bawah. Pegangan dalam ETF emas meningkat 19.6 tan metrik dalam tempoh tiga hari sehingga Isnin kelmarin menjadikan jumlah terkumpul kepada 1,477.7 tan, menurut data yang dikumpul oleh Bloomberg – peningkatan terbesar sejak Januari 2015.