Harga emas melonjak lebih $36.80/oz pada dagangan petang New York Rabu semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1,263.95/oz sebelum menutup sekitar paras $1,262.40/oz; setelah emas mendapat permintaan terkesan dari keputusan mesyuarat FOMC Feds AS yang mengurangkan jangkaan jumlah kenaikan kadar pada tahun ini.
Mesyuarat yang dipantau rapat itu, mengecewakan pembeli Dollar apabila Pengerusi Feds Janet Yellen mengatakan bahawa keadaan ekonomi global dan AS yang mula perlahan, membuatkan Feds bimbang tentang eksport, pelaburan perniagaan, dan pertumbuhan pendapatan. Ini mendorong Feds untuk mengekalkan kadar sedia ada, malah menurunkan jangkaan kenaikan daripada 4 kali kepada 2 kali pada tahun ini.
[adrotate group=”6″]
Polisi yang akomodatif itu dijangka bakal mengukuhkan pasaran pekerjaan, dengan jangkaan kadar pengangguran akan turun kepada 4.7% pada akhir tahun ini. Ketika ini kadar pengangguran telah turun dari 5% pada Disember tahun lepas kepada 4.9% pada Januari lalu.
Di pasaran hadapan, logam berharga mencatat kenaikan lebih 0.10% dengan kontrak emas untuk penghantaran April menambah sebanyak 195,631 kontrak dengan harga bidaan tertinggi sekitar $1,264.80/oz.