Harga emas berada dalam dagangan bercampur-campur Jumaat lalu, turun naik dari paras tertinggi harian sekitar $1,266.90/oz ke serendah $1,247.90/oz, sebelum menutup sekitar paras $1,255.20/oz; setelah pasaran kehilangan arah pasca mesyuarat FOMC Federal Reserve AS, yang menyaksikan harga emas melonjak lebih $30/oz dalam masa sejam, apabila Dollar dijual berterusan.
Di pasaran hadapan, spekulator dilihat mengurangkan kontrak belian mereka buat pertama kali sejak awal Januari lalu, dengan jumlah kontrak sebanyak 169,512 pada 15 Mac berbanding 174,810 pada 8 Mac lalu. Pasaran logam berharga susut lebih 1.17% dengan emas mengalami kejatuhan harga lebih 0.88%. Bidaan tertinggi untuk kontrak April dilihat pada $1,267.70/oz sebelum menutup sekitar paras $1,254.30/oz.
[adrotate group=”6″]
Indeks Dollar yang mengukur kekuatan Dollar berbanding enam matawang utama, melonjak lebih 55 mata untuk ke paras tertinggi harian sekitar 95.15 mata sebelum menutup sekitar paras 95.05 mata. Emas yang disebutharga dalam Dollar, menjadi lebih mahal bagi pemegang matawang lain apabila Dollar meningkat nilai.