Harga emas membuka dengan ‘gap-down’ Isnin semalam, kemudian jatuh lebih $23.80/oz untuk ke paras terendah harian sekitar $1,201.95/oz sebelum mendapat bidaan untuk menutup sekitar paras $1,208.45/oz; setelah penjualan dalam emas bermula di Asia disebabkan kenaikan pasaran ekuiti Asia. Kerugian telah dilanjutkan lagi di Eropah disebabkan oleh kenaikan 0.45% dalam indeks Dollar AS dan kenaikan lebih daripada 1% dalam indeks Euro Stoxx 50.
Selepas kejatuhan selama tiga tahun, emas telah meningkat 15% pada tahun ini, terkesan daripada kelemahan dalam ekonomi global dan kejatuhan harga komoditi. Dalam pada itu, laporan Jabatan Buruh AS menunjukkan kos sara hidup di Amerika Syarikat, tidak termasuk makanan dan bahan api, telah meningkat pada bulan Januari – yang tertinggi dalam masa empat tahun.
[adrotate group=”6″]
Perkembangan ini, sekaligus meningkatkan jangkaan bahawa ekonomi AS telah dapat berdiri untuk peningkatan kadar yang kedua dalam kitaran kali ini, sesuatu yang negatif untuk aset seperti emas yang tidak membayar sebarang pulangan kadar.