Harga emas melonjak lebih $17.50/oz pada sepanjang sesi Asia Selasa semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1,260.30/oz, sebelum jatuh semula lebih $15.30/oz untuk menutup sekitar paras $1,248.33/oz; setelah serangan bom di Belgium menggegarkan kembali benua Eropah. Serangan di lapangan terbang Brussels yang mengorbankan 23 orang itu, menolak sentimen pasaran Eropah kembali negatif.
Di pasaran Amerika Syarikat, Presiden Feds San Francisco John Williams dalam satu temuramah dengan agensi berita mengatakan bahawa beliau menyokong kenaikan kadar pada April atau June ini. Presiden Feds Atlanta Dennis Lockhart pula dalam satu ucapan mengatakan bahawa ekonomi AS sudah mampu menahan kenaikan kadar seawal April ini. Walau bagaimanapun, kedua-dua mereka bukanlah ahli majlis FOMC.
[adrotate group=”6″]
Kenaikan kadar AS memberikan pulangan lebih tinggi kepada aset berkadar seperti bon perbendaharaan, tetapi satu ancaman kepada emas yang tidak menjanjikan sebarang pulangan berkadar. Indeks Dollar yang mengukur kekuatan Dollas AS berbanding enam matawang utama, memacu naik tiga hari berturut-turut untuk mencapai paras tertinggi sekitar 95.71 mata sebelum menutup sekitar paras 95.59 mata.