Harga emas melonjak lebih $10.95/oz Isnin semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1,108.75/oz sebelum menutup sekitar paras $1,107.70/oz; setelah harga minyak mentah kembali merosot dan pasaran mula bersedia menjelang mesyuarat Federal Reserve AS minggu ini. Emas juga telah ditolak naik oleh kejatuhan dalam nilai Dollar berbanding kebanyakan mata wang global. Indeks Dollar merosot berbanding sekumpulan mata wang sebanyak 0.15% kepada paras terendah harian sekitar 99.30 mata.
[adrotate group=”6″]
Perhatian kini kekal pada keputusan kadar Feds AS pada awal pagi Khamis, dengan jangkaan mengenai kenaikan kadar sebanyak empat kali pada tahun ini, dilihat berkurangan ekoran kegawatan pasaran global dan kebimbangan kelembapan ekonomi China dan kejatuhan berterusan harga minyak mentah. Harga emas memacu lebih tinggi, terus menggigit pada rintangan degil sekitar paras $1,100/oz. Dagangan ‘sideway’ dijangka sekitar paras semasa, manakala pasaran dilihat memberikan tumpuan kepada opsyen yang tamat dengan harga $1,100/oz.