Harga emas terus memacu naik lebih $15.60/oz Selasa semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1,122.75 sebelum menutup sekitar paras $1,119.60/oz; setelah pasaran kembali tertekan dengan penurunan harga minyak. Minyak masih merah lagi semalam selepas mendapat kenaikan yang baik minggu lepas. Hampir setiap komoditi lain di pasaran, kecuali emas, mengalami kejatuhan, sekaligus memandu kos dan pelaburan ke dalam kegawatan.
Emas naik ke paras tertinggi dalam masa dua minggu Selasa semalam, selepas kejatuhan pasaran ekuiti menjana permintaan untuk aset ‘safe-haven’ emas, dan Dollar juga mengalami tekanan menjelang mesyuarat FOMC Federal Reserve AS yang berlatar belakangkan ekonomi global yang semakin perlahan. Tahun 2015 membawa berita buruk pada skala global, termasuk kejatuhan harga minyak, krisis Greece, dan penurunan berterusan dalam ekonomi China.
[adrotate group=”6″]
Sejak Mei tahun lepas, pasaran ekuiti telah kehilangan sekitar $15 trilion, meninggalkan pelabur dalam kerugian. Emas bagaimanapun melihat kenaikan, yang sebahagiannya adalah kerana aset yang lain tidak mempunyai prestasi yang baik. Ini adalah keadaan terbaik untuk emas mendapat permintaan, ditengah-tengah kebimbangan para pelabur dan kejatuhan pasaran ekuiti. Emas yang merupakan pelaburan jangka panjang, digunakan untuk menampung kejatuhan pasaran ekuiti.