Harga emas yang memacu naik lebih $12/oz pada sesi Asia Khamis semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1,234.25/oz, kembali merudum lebih $15.20/oz untuk menutup lebih rendah sekitar paras $1,219.60/oz; setelah pasaran terus memberikan reaksi kepada pelbagai data ekonomi AS yang memberansangkan, dan meningkatkan sentimen kenaikan kadar pinjaman buat kali kedua selepas Disember tahun lepas.
Ahli-ahli Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) terus mengambil pandangan yang agresif pada dasar monetari minggu ini, dengan pembuat dasar menyatakan pendapat bahawa kadar pinjaman akan meningkat dua atau tiga kali sebelum akhir tahun. Walaupun terdapat keraguan untuk Fed menaikkan kadar pada bulan Jun, pasaran menambah kemungkinan yang lebih tinggi, sekaligus meningkatkan permintaan untuk Dollar AS.
Walau bagaimanapun, permintaan untuk ‘Greenback’ telah disenyapkan pada Rabu lalu, ekoran angka PMI komposit dan perkhidmatan yang lebih lemah daripada jangkaan. Ini menunjukkan bahawa ekonomi terbesar di dunia itu tidak berada dalam keadaan yang lebih teguh untuk memerlukan pengetatan kewangan, sekaligus mengurangkan kemungkinan kenaikan kadar pada Jun ekoran keputusan Feds yang bergantung kepada data.
Dollar AS mendapat lonjakan baru apabila angka perumahan yang memberansangkan, sekaligus menyokong minit terbaru FOMC yang mencadangkan kenaikan kadar pinjaman seberapa segera sekiranya keadaan ekonomi AS adalah baik. Laporan perumahan tersebut menunjukkan jualan rumah baru mencapai paras lapan tahun tertinggi dan harga mencapai paras tertinggi dalam sejarah.
Agak menarik dalam pergerakan harga semalam, apabila harga emas susut bersama dengan indeks Dollar yang selalunya akan meningkat, ekoran kadar songsang antara keduanya. Indeks Dollar yang mengukur kekuatan matawang Amerika Syarikat itu berbanding enam matawang lain – EUR, GBP, JPY, CAD, CHF, dan SEK – turut lebih 45 mata sebelum menutup sekitar paras 95.10 mata, yang lebih rendah dari pembukaan sekitar 95.37 mata.