Harga emas susut lebih $28.25/oz Jumaat lalu, untuk ke paras terendah harian sekitar $1,211.45/oz sebelum menutup sekitar paras $1,222.65/oz; setelah pasaran dipenuhi aktiviti pengambilan untung sempena menutup buku dagangan bulan Februari. Pada masa yang sama, laporan GDP AS yang begitu memberansangkan menguatkan kembali spekulasi kenaikan kadar, sekaligus menyokong pembelian Dollar AS.
Indeks Dollar AS melonjak lebih 117 mata untuk ke paras tertinggi harian sekitar 98.30 mata Jumaat lalu, menyebabkan enam matawang utama – Euro, Yen, Pound, CAD, Swiss, dan Kroner Sweden – merudum berbanding Dollar. Dalam pada itu, mesyuarat G20 yang berlansung di Shanghai China pada hujung minggu, meniupkan sentimen positif selepas pasaran menjangkakan ketua-ketua negara bakal bekerjasama untuk mengatasi kemelut ekonomi global.
[adrotate group=”6″]
Di pasaran hadapan, kontrak belian emas terus mendapat sambutan dengan CFTC melaporkan kedudukan belian bersih para spekulator terus mencatatkan peningkatan. “Open interest” untuk kontrak April terus meningkat kepada 302,957 kontrak dengan nilai bidaan tertinggi $1,241.30/oz sebelum menutup sekitar paras $1,220.40/oz.