Emas melonjak naik lebih $19/oz Rabu semalam untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1,244.10/oz, sebelum menutup sekitar paras $1,239.65/oz; setelah tindakan harga emas dikawal oleh pergerakan yang terhad dalam Dollar dan pasaran saham Amerika Syarikat. Ramai pelabur enggan memasuki pasaran menjelang laporan NFP Jumaat ini.
Dalam pada itu, di pasaran AS semalam, laporan pekerjaan ADP menunjukkan pertambahan sebanyak 214 ribu pekerjaan berbanding 185 ribu jangkaan, dan angka sebelumnya juga disemak lebih rendah dari 205 ribu kepada 193 ribu. Keputusan yang bercampur-campur itu membuatkan sentimen kenaikan kadar AS lemah. Majlis FOMC Feds bakal bermesyuarat pada pertengahan Mac ini untuk menentukan kenaikan kadar seterusnya.
[adrotate group=”6″]
Dengan pelbagai data yang kukuh, ianya mungkin akan meningkatkan kemungkinan kenaikan kadar Feds. Walaupun majoriti penganalisis tidak menjangka Feds untuk menaikkan kadar pada mesyuarat bulan Mac ini, ia boleh cuba untuk membina kes bagi kenaikan kadar pada mesyuarat Jun nanti. Ini akan menjadi penurunan harga untuk emas.