Emas berada dalam dagangan ‘sideway’ Isnin semalam, dengan pergerakan sekitar $16.10/oz, dari paras tertinggi harian sekitar $1,303.74/oz ke serendah $1,287.62/oz sebelum menutup sekitar paras $1291.45/oz; setelah laporan ekonomi China yang kurang memberansangkan kembali menggugat kestabilan pasaran. Pada masa yang sama, nilai Dollar yang kembali merudum terus menerus meningkatkan harga komoditi utama yang disebut harga dalam Dollar.
Walaupun Dollar yang lemah memainkan peranan penting dalam mendorong harga emas yang tinggi, ada asas keyakinan pelabur yang kuat, kerana permintaan bagi komoditi kekal tinggi. Dengan prestasi yang kurang memberangsangkan dalam pasaran ekuiti dan jangkaan dasar kewangan global yang mengembang, pelbagai komoditi telah menarik dana spekulatif. Dalam konteks ini, harga telah kekal kukuh walaupun berlaku kemerosotan keseluruhan dalam keadaan risiko.
Harga emas pada mulanya ditolak lebih tinggi dalam sesi Asia pada Jumaat lalu dengan mencapai puncak sekitar $1,297/oz, setelah pasaran ekuiti Asia secara amnya lemah dan Dollar AS kekal di bawah tekanan selepas terjun terhadap Yen pada hari Khamis. Nisbah emas perak pula mencecah lebih daripada enam tahun sebanyak 83.5 mata pada bulan Mac, satu tanda bahawa logam kelabu itu telah terlebih jual. Menurut penganalisis komoditi, ini sebahagiannya menjelaskan kenaikan perak yang lebih banyak berbanding dengan emas dalam tempoh empat minggu yang lalu.
Tidak seperti emas, bagaimanapun, perak telah mendapat manfaat daripada permintaan perindustrian serta sentimen ‘risk-off’. Perak dilihat sebagai logam industri penting yang digunakan untuk produk elektrik dan elektronik, barang kemas dan barangan perak, syiling dan pingat. Dengan permintaan untuk barang-barang tersebut meningkat, begitu juga dengan harga perak.