Emas berada dalam dagangan bercmapur-campur Jumaat lalu, turun naik dari paras terendah harian sekitar $1,250.45/oz ke setinggi $1,279.85/oz sebelum menutup sekitar paras $1,258.15/oz; setelah laporan data pekerjaan sektor bukan perladangan (NFP) Amerika Syarikat dilaporkan bercampur-campur, dengan angka pekerjaan lebih baik dari jangkaan, tetapi pendapatan purata pula meleset dari jangkaan.
Di pasaran Amerika Syarikat Jumaat lalu, pekerjaan sektor bukan perladangan menambah 242 ribu pekerjaan berbanding hanya 195 ribu jangkaan dan 172 ribu pada sebelumnya. Pengangguran dilaporkan stabil pada 4.9%, namun yang mengecewakan adalah pendapatan purata pekerja yang dilaporkan menurun dari 0.5% kepada 0.1% dibawah sifar. Pasaran menjangkakan penurunan hanya kepada 0.2%.
[adrotate group=”6″]
Pada masa yang sama, defisit imbangan perdagangan AS dilaporkan bertambah dari $44.7 bilion kepada $45.7 berbanding jangkaan pasaran untuk pengurangan kepada $43.8 bilion. Pertambahan ini menunjukkan import yang melebihi eksport, sekaligus mencadangkan pengimport perlu menjual Dollar untuk membeli matawang eksport bagi membayar dagangan mereka.