Emas berada dalam dagangan bercampur-campur Isnin semalam, naik turun dari paras terendah harian sekitar $1,256.75/oz ke setinggi $1,273.15/oz, sebelum menutup sekitar paras $1,267.05/oz; setelah para trader dan pelabur bersedia untuk mesyuarat ECB dan FOMC dalam masa terdekat. Pada masa yang sama, terdapat banyak data dari China yang boleh mempengaruhi sentimen pasaran, terutamanya sejak China menyusutkan nilai Yuan baru-baru ini.
Emas telah menjadi antara komoditi berprestasi terbaik setakat ini pada tahun 2016. Harga telah bangkit daripada sekitar $1,060/oz pada akhir Disember hingga mencapai setinggi $1,250/oz pada minggu lepas dan masih kekal di atas paras tersebut semalam. Kelemahan pasaran ekuiti dan turun naik pasaran matawang pada awal 2016 serta berita kadar negatif oleh beberapa bank-bank pusat bagi merangsang pertumbuhan ekonomi telah mengangkat harga emas.
[adrotate group=”6″]
Walaupun Feds AS boleh mengetatkan dasar monetari pada 2016 yang akan mengekang harga emas, penurunan pengeluaran emas dunia telah mengetatkan bekalan ‘fizikal’ dan dijangka menarik pelabur dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Laporan CFTC terbaru menunjukkan komitmen belian spekulator telah bertambah dari 145 ribu kontrak kepada 152 ribu kontrak, sekaligus menunjukkan sentimen pasaran yang ‘bullish’.