Harga minyak menurun pada sesi Asia kesan daripada lebihan bekalan dan pertumbuhan ekonomi yang perlahan dalam pasaran. Namun begitu, beberapa penganalisa berkata aliran ini akan menurun dan menyaksikan pemulihan harga minyak pada akhir tahun ini.
Brent mentah antarabangsa mencacat penurunan sebanyak 6 sen berbanding harga ditutup sebelum ini. West Texas Intermediate (WTI) mentah pula menurun 5 sen.
Brent mencapai paras $ 44.14 pada hari sebelumnya, yang paling rendah sejak Mei. Kontrak itu juga telah memberikan nilai lebih 15% sejak memuncak pada bulan Jun. Hal ini berikutan lebihan produk bertapis dan pertumbuhan ekonomi yang perlahan menjejaskan prospek permintaan bagi minyak mentah.
Penganalisis berkata, mereka meramalkan lebih penurunan harga dalam jangka masa pendek kerana lebihan bekalan akan berterusan. Selain itu, permintaan juga dilihat semakin perlahan.
“Pada saya, harga minyak akan mencapai serendah $ 39 dan $ 42 setong dalam tempoh beberapa minggu akibat keadaan yang tidak menentu,” kata Ric Spooner, Ketua Penganalisis Pasaran di CMC Markets, Sydney, Australia.
“Bagaimanapun, selepas itu, kami ingin melihat pasaran kembali seimbang,” katanya lagi. Beliau juga berpendapat bahawa harga sekitar $ 50 hingga 60 setong akan mewakili sebuah keseimbangan antara penawaran dan permintaan.
Pasaran minyak dibelenggu lebihan bekalan dalam tempoh 2 bulan lepas. Berita ini sekali gus menarik harga ke bawah sebanyak 70% antara 2014 dan awal 2016 apabila Brent mencecah kira-kira $ 27 setong dalam tempoh lebih sedekad.