Menteri minyak OPEC bermesyuarat di Vienna pada hari ini untuk memuktamadkan pemotongan pengeluaran minyak mentah dunia. OPEC sebentar tadi bersetuju untuk memotong keluaran minyak sebanyak 1.2 juta tong sehari.
Pasaran telah memberi harapan tinggi kepada mesyuarat ini yang dapat kita lihat dalam pasaran minyak ketika ini dengan lonjakan minyak mentah WTI dan Brent-oil kini meningkat hampir 7% hari ini.
Falih iaitu wakil Arab Saudi mengatakan bahawa negaranya bersedia untuk menerima impak besar terhadap pengeluaran minyak mereka dan bersetuju untuk Iran membekukan keluaran ke paras pre-sanction sebelum ini.
Laporan sebelum ini mengatakan pemotongan pengeluaran akan berada di sekitar 1.4 juta dan ada juga cadangan pemotongan pengeluaran kepada negara bukan ahli OPEC pada perjumpaan 8-9 Disember ini.
Falih menegaskan berkali-kali bahawa jika hari ini tidak berlaku sebarang persetujuan kepada pemotongan pengeluaran, maka menunggu pasaran ini sendiri pulih kepada harga yang lebih optimum bukanlah satu hal yang buruk kepada pasaran minyak mentah dunia.
Penganalisis di Morgan Stanley mengatakan bahawa pemotongan yang besar akan membawa pasaran ini kepada keseimbangan dan stabil pada 2017.