Harga minyak mentah jatuh mendadak dalam sesi Asia berikutan sentimen terhadap inventori minyak mentah di US terus menekan harga ke paras terendah.
Pada lewat Selasa, Institut Petroleum Amerika berkata bahawa inventori minyak mentah di AS melonjak sebanyak 4.7 juta tong minggu lalu. Hal ini sekali gus memadamkan jangkaan terhadap penurunan sebanyak 1.5 juta tong seperti yang dijangkakan.
Stok petrol juga dilaporkan meningkat sebanyak 3.9 juta tong dan 200,000 tong produk tapisan. Data ini juga bakal disusuli dengan data rasmi oleh Jabatan Tenaga AS hari ini.
Di New York Merchantile Exchange, niaga minyak mentah merosot sebanyak 1.34% kepada $52.27 setong.
IEA berpendapat bahawa penyertaan Russia di dalam perjanjian pembekuan minyak mentah juga menambah keyakinan bahawa pasaran ini boleh menolak harga kembali ke paras yang lebih tinggi. Justeru IEA telah menaikkan unjuran penggunaan minyak mentah kepada 1.3 juta tong sehari bagi tahun 2017 lebih-lebih lagi apabila China dijangka akan meningkatkan permintaan minyak mentah.
Semalam, Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) berkata minyak mentah boleh mencapai jumleh pengeluaran kepada 600,000 tong sehari jika kesemua negara mematuhi perjanjian pembekuan bekalan sebelum ini.
Walau bagaimanapun, sesetengah penganalisis kekal meragui potensi pematuhan pembekuan bekalan oleh pasaran yang telah dicapai oleh OPEC sebelum ini.
Syarikat Gergasi Ini Ada Misi Untuk Mendominasi Pasaran Atas Talian diseluruh Dunia!