Syarikat Gergasi Ini Ada Misi Untuk Mendominasi Pasaran Atas Talian di Seluruh Dunia!

135

Sebut sahaja Alibaba, anda pasti mengenali pasaran perniagaan dalam talian yang telah mendominasi pasaran e-dagang China ini.

Syarikat yang berkembang menggunakan platform teknologi sendiri ini telah menambah perkhidmatannya serta menjadikan medium membeli belah dalam talian ini menjadi semakin mudah terutama dari segi penghantaran barang dan proses pembayaran.

Alibaba juga mengambilalih beberapa syarikat video, kandungan berita, perkhidmatan secara offline dan syarikat luar negara untuk meluaskan lagi kuasa mereka diseluruh dunia, bukan sahaja bertumpu kepada China.

Memandangkan 2016 juga hampir kepada penguhujungnya, kami senaraikan beberapa kerjasama Alibaba sepanjang tahun ini :

Lazada

Pertaruhan bersama syarikat Lazada ini menelan hampir berbillion Dollar untuk menembusi pasaran baru. Alibaba juga mahu mengulangi apa yang dikecapi di China, dengan mengulangi target mereka di Asia Tenggara. Jack Ma juga menyasarkan lebih separuh jualan datang dari luar China melalui kerjasama ini.

Dominasi Alibaba. Sumber : Bloomberg

Youko Tudou

Kerjasama bersama syarikat video streaming ini dikatakan bernilai kira-kira $5 Billion. Ini merupakan kerjasama terbesar Alibaba demi membangunkan kandungan video dan hiburan semasa. Pesaing mereka iaitu Tencent dan Baidu juga menekankan aspek ini dan bekerja keras demi mewujudkan persaingan hebat dengan Alibaba.

Didi Chuxing

Alibaba telah terjun ke dalam aplikasi teksi dan telah bergabung dengan Tencent demi membangunkan syarikat Didi. Syarikat yang dikenali sebagai Didi Chuxing ini telah mengambil alih perniagaan China Uber Technologies Inc untuk merebut berbillion dollar dalam potensi pasaran.

Sunning Commerce

Perjanjian ini telah menambah keupayaan logistik Alibaba terutamanya bagi tujuan penghantaran di kawasan luar bandar China.

Jasper Infotech

Syarikat disebalik pengendali perdagangan dalam talian Snapdeal ini memberi peluang untuk syarikat Alibaba menembusi pasaran India. Pasaran ini sudah diintai oleh Jack Ma lebih sedekad yang lalu.

Meizu

Alibaba dikatakan ini mendapatkan sistem operasi YunOS bagi menyediakan alternative lain kepada pengguna di China selain Android dan iOS Apple. Justeru Alibaba telah melabur secara langsung ke dalam syarikat pencipta telefon Meizu bagi membantu mereka mencapai matlamat mereka.

South China Morning Post

Alibaba membeli akhbar berbahasa Inggeris yang tertua di Hong Kong bagi menambah penguasaan terhadap media tradisional.

Sumber : Bloomberg

 

Benarkah Jangkaan Penganalisis Terhadap Logam Berharga Ini? 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat