Adakah Jangkaan Penganalisis Terhadap Logam Berharga Ini Bakal Berlaku?

57

Harga emas melonjak dalam sesi Asia menjelang pengumuman semakan dasar oleh Fed pada Rabu.

Emas di Comex meningkat sebanyak 0.24% kepada $1,161.80 troy ounce. Bagi logam lain, silver futures dan copper futures masing-masing diniaga pada $16.998 dan $2.597 sepound. Kadar faedah yang lebih tinggi akan memberi tekanan buat emas. Justeru pelabur sentiasa memberikan fokus terhadap apa jua pengumuman terhadap sidang media yang bakal diumumkan oleh Janet Yellen nanti.

Semalam, harga emas menyusut sementara penganalisis logam ini terus memberikan pandangan bahawa trend semasa emas ini sama seperti yang pernah berlaku pada tahun lepas. Logam kuning pernah turun sebanyak 18% sebelum kembali melonjak sebanyak 24%. Turun naik emas juga boleh dikaitkan dengan corak permintaan bermusim daripada pembeli emas utama dunia dari China dan India.

Dalam masa yang sama, kebimbangan terhadap perbelanjaan fiskal dibawah pentadbiran Trump juga memberi tekanan buat logam berharga ini.

Satu Lagi Berita Mengecewakan Daripada Wells Fargo.  

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat