Satu Lagi Berita Mengecewakan Buat Wells Fargo!

49

Pegawai-pegawai di Amerika Syarikat mengehadkan keupayaan salah satu bank terkemuka dunia iaitu Well Fargo & Co daripada terus mengembangkan perniagaannya. Hal ini kerana bank tersebut tidak mempunyai pelan yang mencukupi untuk terus melindungi pasaran daripada muflis.

Perkara ini lebih menambah kebimbangan bank San Francisco setelah sebelum ini dikaitkan dangan skandal mengenai pembukaan 2 juta bank akaun tanpa kebenaran pelanggannya. Akibat daripada salah laku terbesar itu juga, Ketua Pegawai Eksekutif bank berkenaan telah meletakkan jawatan.

Menurut penguatkuasa perbankan, setelah mempunyai perkembangan terhad, Well Fargo sama sekali tidak dibenarkan untuk menubuhkan entiti bank antarabangsa ataupun menubuhkan anak syarikat.

Ini merupakan kali kedua pada tahun ini penguatkuasa perbankan melabelkan “jangka hayat” Wells Fargo menjadi pendek.

Wells Fargo merupakan satu daripada 8 bank utama dunia yang mesti mempunyai pelan jika berhadapan dengan risiko muflis. Wells Fargo merupakan salah satu daripada 5 bank yang gagal dalam penilaian awal yang dijalankan pada bulan April.

Mengulas kejadian terbabit, bank tersebut percaya bahawa mereka akan terlepas dari senarai selepas disemak semula pada Mac 2017.

Ini yang Anda Perlu Perhatikan Menjelang Keputusan Mesyuarat Semakan Dasar oleh Fed!

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat