Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Australia sekali lagi mengejutkan pasaran dengan langkah berani yang cukup drastik. Ketika bank pusat lain memilih untuk berdiam diri, Sydney terus menekan pedal minyak. Suasana ekonomi kini kian panas dan penuh dengan tanda tanya.
RBA menaikkan kadar faedah kali ketiga berturut-turut ke paras 4.35 peratus sekarang. Langkah ini membuktikan Australia sangat terdesak untuk membendung inflasi yang masih degil. Pasaran kini melihat Australia sebagai ‘outlier’ yang paling agresif di pentas global.
Kenaikan ini berlaku ketika krisis tenaga di Selat Hormuz semakin memuncak. Penutupan laluan utama minyak dunia telah melonjakkan kos sara hidup rakyat Australia. Trader kini mula menilai semula kekuatan mata wang AUD berbanding emas.
Walaupun kadar faedah naik, pasaran buruh Australia kekal sangat kukuh. Pengangguran rendah memberi ruang kepada RBA untuk terus bertindak lebih garang. Implikasinya emas mungkin tertekan jika bank pusat lain turut mengikut jejak ini.
JANGKAAN PASARAN AKAN DATANG
Jika RBA terus menaikkan kadar sehingga mencecah paras jangkaan 4.7 peratus. AUD akan terus mengukuh dan memberi tekanan terhadap pasaran matawang yang mempunyai kadar bank pusat yang lebih rendah.
Namun langkah agresif ini mampu memicu kemelesetan ekonomi di Australia.
PERISTIWA PENTING AKAN DATANG
Bajet tahunan kerajaan Australia minggu depan adalah tumpuan utama pelabur. Bantuan kos sara hidup yang berlebihan boleh memicu inflasi tambahan di pasaran.
Data CPI Inflasi suku depan turut juga akan menjadi penentu sama ada kenaikan kadar faedah ini berbaloi atau sebaliknya. Jika inflasi tetap degil, pasaran akan menjangkakan tindakan yang lebih gila oleh bank pusat RBA.
Wajah pasaran kini terpancar dengan riak kebimbangan yang sangat mendalam. Momentum kenaikan kadar faedah ini terasa seperti jeratan yang semakin mengetat. Peluang sentiasa ada di sebalik kekacauan jika anda kekal tenang.



























































