Harga Ethereum (ETH) menunjukkan pemulihan selepas berjaya bangkit daripada paras rendah sekitar $1,505, namun momentum kenaikan dilihat semakin lemah apabila menghampiri zon rintangan utama pada $1,700.
Ketika artikel ini ditulis, harga Bitcoin berada di paras $1,687.91 iaitu positif 0.13% sejak ia dibuka pada awal dagangan Selasa di sesi Asia.
Ethereum sebelum ini berjaya melepasi paras $1,620 dan mencetuskan harapan bahawa aset kripto kedua terbesar dunia itu mampu meneruskan kenaikan yang lebih kukuh.
Bagaimanapun, tekanan jualan yang muncul berhampiran $1,700 menyebabkan harga gagal mengekalkan momentum positif dan kembali bergerak dalam keadaan berhati-hati.
Paras $1,700 kini menjadi tumpuan utama pelabur kerana ia dilihat sebagai halangan penting untuk menentukan hala tuju Ethereum dalam jangka pendek.
Sekiranya ETH berjaya menembusi paras tersebut, harga berpotensi meneruskan kenaikan ke sekitar $1,750 sebelum menguji zon $1,800.
Penembusan kukuh di atas $1,800 boleh membuka ruang kepada kenaikan yang lebih besar dalam tempoh terdekat.
Namun, jika Ethereum terus gagal melepasi rintangan itu, risiko penurunan masih kekal tinggi.
Paras sokongan terdekat berada pada $1,650, manakala $1,620 dilihat sebagai kawasan pertahanan utama bagi pembeli.
Jika sokongan tersebut ditembusi, ETH berisiko turun semula ke sekitar $1,580, $1,550 dan berpotensi menguji paras psikologi $1,500.
Pada masa sama, petunjuk teknikal masih menunjukkan sentimen pasaran yang bercampur. Indikator MACD kekal dalam zon bearish, manakala RSI berada di bawah paras 50, menandakan tekanan jualan masih mengatasi momentum belian.
























































