Indeks Caixin yang mengira tahap keadaan aktiviti pembuatan berkembang pada kadar sederhana pada November. Bacaan kali ini menunjukkan pertumbuhan dalam sektor tradisional yang terus memacu lonjakan ekonomi kepada ekonomi kedua terbesar dunia ini.
Indeks Caixin Purchasing Managers (PMI) ini mencatatkan bacaan sebanyak 50.9 pada November berbanding bulan lepas 51.2. Walaupu begitu, impak indeks masih dilihat positif kerana jangkaan penganalisis yang berada di paras 50.9. Sebarang bacaan yang berada di atas 50 menunjukkan aktiviti yang berkembang dan keadaan perniagaan yang baik dan sebaliknya bacaan di bawah 50.
“Ekonomi China terus berkembang pada November, walaupun ada sedikit kehilangan momentum pada bulan lepas. Data inventori dan gunatenaga menunjukkan asas pertumbuhan yang baik belum kukuh buat masa ini. Para pelabur masih berhati-hati terhadap risiko yang mungkin berlaku beberapa bulan akan datang.” Kata penganalisis makroekonomi di CEBM Group, Zhengsheng Zhong.
November merupakan bulan kelima berturut-turut dimana pengeluaran sektor pembuatan meningkat. Sektor pembuatan sebelum ini mengalami kesuraman sejak kemelesetan yang mengurangkan kestabilan ekonomi China. Tempoh itu juga merupakan tempoh yang menunjukkan aktiviti ekonomi yang perlahan di China.
Awal sebelum ini China juga mengeluarkan indeks PMI untuk syarikat-syarikat besar dan milik kerajaan yang menunjukkan bacaan indeks tertinggi sejak pertengahan tahun 2014.
Seperti juga laporan awal itu tadi, Caixin mengira indeks pembuatan di syarikat yang bersaiz kecil dan sederhana.