Euro didagang stabil pada Selasa setelah bangkit daripada paras terendah semalam selepas pengunduran Matteo Renzi sebagai Perdana Menteri Itali.
Renzi mengumumkan pada isnin bahawa beliau akan meletakkan jawatan selepas kekalahan yang agak memalukan dalam referendum tersebut.
Perletakan jawatan beliau akan menyebabkan pilihan raya bakal diadakan pada seawal tahun depan. Dalam masa yang sama, kekalahan beliau juga akan menyebabkan pembangkang semakin berkuasa dalam proses pilihanraya tersebut. Ramai pelabur dan penganalisis juga berpendapat bahawa kerajaan sementara akan diwujudkan sehingga pilihanraya yangs sebenar pada tahun 2018 nanti.
Euro menyusut sebanyak 0.1 peratus dalam sesi ini Eropah hari ini.
Penganalisis berpendapat bahawa Euro kembali disokong selepas kurangnya tanda-tanda bahawa Itali perlu menjalani proses pilihanraya awal selepas perletakan jawatan Renzi ini.
Walaupun begitu, matawang ini kekal kabur berikutan kebimbangan terhadap risiko politik di Eropah termasuk pilhanraya yang bakal diadakan di Belanda, Perancis, dan Jerman pada tahun depan.
Dalam masa terdekat, matawang ini juga kekal dalam dagangan berhati-hati menjelang mesyuarat dasar Bank Pusat Eropah pada Khamis ini.
ECB dikatakan cenderung untuk mengumumkan program lanjutan pelonggaran kuantitatif (QE), kata Sim Moh Siong yang juga ahli strategi tukaran matawang asing di Bank of Singapore.
Prospek Kenaikan Kadar Terus Memberi Tekanan Buat Logam Kuning