Prospek Kenaikan Kadar Kekal Memberi Tekanan Kepada Logam Berharga

50

Emas menyusut dalam sesi Asia kerana prospek kenaikan kadar dalam mesyuarat 13 hingga 14 Disember ini kekal memberi tekanan buat logam kuning.

Di Comex, emas merosot sebanyak 0.07% kepada $1,175.65 satu troy ounce. Bagi dagangan logam lain, silver futures dicatat melonjak sementara copper didagang merosot sebanyak 0.45 peratus sepaun dalam sesi ini.

Semalam, harga emas jatuh lebih 1 peratus berikutan kekuatan ekuiti telah menjejaskan permintaan terhadap logam berharga. Dalam masa yang sama, jangkaan kenaikan kadar oleh Fed masih mempengaruhi pasaran sekali gus menyebabkan logam ini mula didagang perlahan.

Emas bangkit semula selepas rakyat Itali menolak perubahan perlembagaan dalam referendum Itali yang lepas.

Walaupun begitu, pasaran saham Eropah dan permintaan terhadap matawang Euro mula melonjak semula selepas referendum terbabit.

Harga logam jatuh hampir 8 peratus pada bulan November berikutan jangkaan terhadap perbelanjaan fiskal yang bakal meningkat dibawah pemerintahan Trump. Era pentadbiran tersebut juga dijangka akan menolak kadar faedah ke paras yang lebih tinggi.

Tetapi Presiden Fed New York iaitu William Dudley mengatakan bahawa terlalu awal untuk menilai rancangan Trump ini sama ada dasar ini sesuai dengan kenaikan faedah secara beransur-ansur atau tidak.

Datuk Bandar New York Menuntut $35 Juta Daripada Kerajaan Baru Trump!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat