Aussie berjaya meningkat dengan sederhana bersama-sama matawang Yen berikutan penurunan Dollar.
AUD/USD didagang meningkat sebanyak 0.04%, sementara pair USD/JPY merosot dalam sesi ini.
Di Australia, data pekerjaan menunjukkan pertambahan sebanyak 9,800 pekerja, berbanding 20,000 pekerjaan yang dijangka.
Dalam masa yang sama, US Dollar yang dinilai berbanding matawang utama yang lain kali terakhir dinilai pada 100.22.
Keyakinan terhadap ekonomi Amerika Syarikat terus menolak matawang US Dollar untuk berlegar di paras tertinggi dalam tempoh 14 tahun. Pasaran dalam masa yang sama turut mengharapkan kenaikan kadar oleh Fed pada mesyuarat Disember nanti.
US Dollar sedikit melemah selepas data indeks harga pengeluar menunjukkan peningkatan sebanyak 0.8% bagi bulan Oktober. Angka ini agak mengecewakan kerana AS menjangkakan peningkatan kadar sebanyak 1.2%.
Dalam laporan berasingan, data pengeluaran perindustrian AS menunjukkan tiada perubahan bagi angka sebelum ini.
Pun begitu, US Dollar menguat berikutan jangkaan kenaikan kadar.
US Dollar juga kekal stabil pada paras tertinggi kerana harapan pemotongan perbelanjaan fiskal dan cukai dibawah pentadbiran Donald Trump.
Ini 10 Perkara Penting Yang Berlaku di Seluruh Dunia Semalam!