Dollar memantapkan kedudukan berhampiran puncak tertinggi pada Rabu setelah berehat seketika berikutan cuti umum di AS.
Matawang Yuan di offshore market pula jatuh kepada rekod terendah. Pelabur matawang terbabit sedang bergelut dengan aliran keluar yang meningkat mendadak setelah Trump memenangi pilihanraya.
Index Dollar pula didagang rendah dalam sesi ini selepas mencapai tahap tertinggi sejak tahun 2003 dalam sesi sebelum ini.
Pada Rabu, US Dollar kekal dicatat menguat berbanding kedua -dua matawang iaitu Euro dan Yen menjelang cuti umum sebelum ini.
Euro kekal kurang menyerlah apabila matawang itu terus diserang oleh risiko-risiko politik menjelang pilihanraya Perancis dan Jerman yang bakal diadakan pada tahun hadapan.