Harga minyak mentah menyusut pada hari Rabu apabila data anggaran industri AS menunjukkan peningkatan dalam inventori minyak mentah.
Minyak mentah untuk penghantaran Disember jatuh 0.17% kepada $45.73 setong. Brent mentah juga menunjukkan penyusutan sebanyak 0.11%.
Institut Petroleum Amerika (API) berkata bahawa inventori minyak mentah meningkat 3.65 juta tong minggu lepas. Dalam masa yang sama, inventori petrol mencatatkan sedikit penurunan sementara inventori sulingan dicatat melonjak sebanyak 3.0 juta tong.
Data rasmi pula akan dikeluarkan oleh Pentadbiran Maklumat Tenaga hari ini.
Semalam, harga minyak melonjak lebih tinggi selepas prospek pembekuan bekalan terus mempengaruhi pasaran minyak dunia.
Menurut sumber Bloomberg, beberapa ahli OPEC juga akan berbincang pada saat akhir bagi menggesa persamaan pendapat dalam mesyuarat akan datang.
Dalam mesyuarat yang diadakan pada September, kumpulan ini telah mencapai persetujuan untuk mengehadkan output kepada 32.5 juta hingga 33.0 juta tong sehari. Pun begitu, keputusan muktamad hanya akan diketahui di Vienna pada 30 November nanti.