Gabenor Bank of Japan, Haruhiko Kuroda mengatakan bahawa BoJ berkemungkinan akan memotong kadar faedah bagi jangka masa terdekat jika dirasakan perlu. Beliau berkata demikian di dalam sebuah konferen di Washington DC.
Bagaimana pun, BoJ percaya bahawa kadar hasil (keuntungan) semasa agak memuaskan dan merancang untuk meneruskan pembelian bon kerajaan pada kadar 80 trillion yen setahun “bagi masa ini”.
Kata beliau lagi, jumlah pembelian aset oleh bank pusat tidak penting selagi hasil yang dikehendaki tercapai.