Jualan runcit Australia meningkat pada Oktober yang menyaksikan peningkatan tiga bulan berturut-turut. Peningkatan ini menunjukkan pengukuhan pertumbuhan perbelanjaan pengguna.
Jualan runcit meningkat sebanyak 0.5% kepada $25.616 billion tanpa mengambilkira jualan musim perayaan (seasonally adjusted) lebih rendah dari catatan September iaitu 0.6%. Penganalisis menjangkakan peningkatan jualan runcit sebanyak 0.3%.
Jualan runcit merupakan data yang mempunyai hubungkaiit yang tinggi dengan perbelanjaan pengguna yang merupakan 50% daripada Keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara Australia.
Peningkatan ini banyak disumbangkan oleh jualan makanan, barangan rumah, kafe dan restoran yang menstabilkan semula kejatuhan dalam jualan runcit pakaian. Pertumbuhan yang tinggi dicatatkan di Queensland, Victoria, dan South Wales.
Perbelanjaan runcit meningkat sepanjang tahun lepas, tetapi tidak mengalami kejatuhan sejak Ogos 2015. Peningkatan perbelanjaan baru-baru ini menyumbang kepada peningkatan jualan sehingga Krismas.
The Reserve Bank of Australia (RBA) mengatakan, perbelanjaan pengguna yang semakin berkembang tetapi semakin perlahan baru-baru ini.
Secara keseluruhan, ekonomi Australia sedang berkembang di paras terpantas dalam industry berat dari segi pertumbuhan. KDNK Australia berkembang secara tahunan di paras 3.1% pada suku pertama dan 3.3% pada suku kedua.