US Dollar didagang stabil melawan 6 matawang utama pada Jumaat memandangkan pelabur masih menanti beberapa data dari Amerika Syarikat. Data yang dikeluarkan sehari sebelum ini bercampur-aduk.
EUR/USD berubah kepada 1.1224.
Para pelabur kekal menanti data perbelanjaan peribadi Amerika Syarikat dan sentimen pengguna, termasuk laporan aktiviti perkilangan di Chicago untuk isyarat yang lebih jelas mengenai kekuatan ekonomi.
Tanggapan pasaran terhadap matawang US Dollar memburuk selepas data pada Khamis menunjukkan bahawa jualan rumah AS jatuh 2.4% pada bulan lepas.
Laporan ini dikeluarkan selepas data rasmi KDNK suku kedua di AS menunjukkan pertumbuhan sebanyak 1.4%.
Satu lagi laporan yang dikeluarkan AS semalam termasuklah kadar pengangguran awal yang meningkat sebanyak 3,000 orang minggu lalu.
GBP/USD juga dicatat stabil dalam sesi dagangan ini.
Di tempat lain, Yen didagang lebih tinggi berbanding US Dollar dengan USD/JPY menurun 0.22%.
US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar kali terakhir dinilai pada 95.40.