Yen kembali merosot pada Selasa di Asia berikutan data yang agak lemah dalam perbelanjaan isi rumah, pekerjaan dan jualan runcit.
USD/JPY meningkat 0.06%, sementara AUD/USD juga meningkat 0.13%.
Di Jepun, perbelanjaan isi rumah merosot 0.05% pada Julai. Jualan runcit juga merudum 0.2% untuk bulan Julai.
Di Australia, laporan kelulusan bangunan menurun 0.5% bagi bulan Julai.
US Dollar Index yang mengukur kekuatan Greenback kali terakhir dinilai pada 95.53.
Semalam, US Dollar meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh 2 minggu berbanding dengan matawang utama yang lain pada Isnin. Kekuatan ini disokong oleh data yang positif dari AS bagi potensi kenaikan kadar oleh Fed.
Jabatan Perdagangan AS sebelum ini melaporkan perbelanjaan peribadi meningkat sebanyak 0.3% pada bulan lepas.
Ini analisa teknikal untuk sepanjang minggu ini! Klik disini!