Harga emas melonjak di Asia pada Isnin berikutan tindak balas pelabur terhadap krisis politik di Itali selepas majoriti mengundi “tidak” pada referendum yang lepas.
Emas diniagakan stabil pada paras $1,177.55 satu troy ounce di Comex. Di tempat lain, komoditi silver futures juga tidak banyak beribah pada $16.830 satu troy ounce. Walaupun begitu, copper futures bagi bulan Mac merosot sebanyak 0.84% kepada $2.608 sepound.
Minggu lepas, harga logam kuning ini bergerak lebih tinggi pada Jumaat berikutan US Dollar yang merosot. Data pekerjaan yang mengukuh langsung tidak membantu kenaikan matawang gergasi Jumaat lepas.
Prospek kenaikan kadar oleh Fed mengukuh semenjak sebulan yang lepas namun data gaji yang melemah agak mengaburkan prospek kenaikan kadar tersebut.
Jangkaan dasar monetari yang lebih ketat juga cenderung untuk melemahkan emas untuk bersaingan dengan asset lain.
Pada minggu depan, pasaran akan memberi lebih tumpuan terhadap prospek kenaikan kadar oleh Fed termasuk beberapa data penting dari AS yang lain.
Pengumuman Perletakan Jawatan PM Itali Menghumban Euro ke Paras Terendah dalam Sesi Asia!