Penggubal-penggubal dasar Bank of Japan (BoJ) sedang hangat meneruskan perdebatan mengenai kemungkinan untuk merombak program rangsangan besar-besaran.
Beberapa ahli-ahli lembaga pengarah BoJ meragui sama ada program yang bakal dilaksanakan ini dapat meningkatkan fleksibiliti dasar kewangan Jepun atau tidak.
Mereka meragui sama ada pembelian bon kerajaan ini akan dikurangkan serta keberkesanan langkah rangsangan yang digunakan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi.
Selain itu, bank pusat ini mungkin perlu meningkatkan kadar pembelian bon sebagai tindak balas kepada peningkatan yang mendadak terhadap kadar faedah jangka panjang.