Emas melonjak ke paras yang lebih tinggi dalam sesi Asia menjelang kajian semula dasar oleh Fed dan prospek kenaikan kadar pada Disember nanti.
Emas bagi penghantaran Disember di Comex meningkat sebanyak 0.17% kepada $1,290.25 satu troy ounce.
Juga di Comex, harga dagangan silver futures jatuh dan sebaliknya bagi copper futures yang mencatatkan peningkatan sebanyak 0.04%.
Untuk mesyuarat dasar bulan November, Fed dijangka akan mengekalkan kadar faedah disamping isyarat bagi meningkatkan kadar pada mesyuarat Disember nanti.
Semalam emas melonjak ke paras sebulan lebih tinggi setelah satu tinjauan dibuat ke atas emel peribadi milik Clinton oleh FBI.
Laporan itu menjadikan pasaran tidak menentu hanya kira-kira seminggu menjelang tempoh pilihanraya. Dalam masa yang sama, pendedahan mengenai penggunaan emel peribadi itu menjejaskan kebimbangan tentang keputusan pilhanraya yang bakal dijalankan 8 November ini.
Buat masa ini, undian terkini menurut tinjauan ABC/Washington Post mendapati bahawa Trump telah mendahului Clinton sebanyak 1% sedangkan sebelum ini Clinton mendahului sebanyak 12 mata undian.
Penganalisis Ekonomi : Mengundi Trump Adalah Satu Kesilapan!