Matawang US Dollar melonjak ke paras tertinggi 3 minggu melawan matawang utama hari ini setelah data yang dikeluarkan positif.
Indeks US Dollar sidikit berubah ke harga 96.028 setelah berada di paras 96.143, paras tertinggi sejak 10 Ogos.
Matawang US Dollar menguat semalam setelah conference board memberitahu indeks konfiden pengguna meningkat ke paras tertinggi 11 bulan pada Ogos. Data lain pula menunjukkan harga rumah meningkat secara sederhana namun masih kekal kuat.
Komen Pengerusi Federal Reserve Janet Yellen jumaat lalu meningkatkan jangkaan akan berlakunya kenaikan interest rate pada September dan semua sedang menantikan laporan ekonomi Amerika Syarikat seterusnya terutama NFP jumaat nanti.
Sebelum laporan NFP dikeluarkan, data pekerjaan ADP dan Indeks PMI akan keluar pada hari ini dan esok.