Matawang US Dollar terus didagangkan pada hari terakhir pada minggu ini dan minggu ini melihatkan yang terburuk bulan ini berikutan dengan tindakan Federal Reserve mengekalkan interest rate dan juga tindakan Bank of Japan yang menguatkan lagi Yen.
Di Eropah, data menunjukkan aktiviti bisnes di Eurozone pada bulan September berkembang daripada fasa yang teruk sejak 2015. Namun ia hanyalah kejutan yang kecil dan impaknya juga agak kecil.
Indeks US Dollar berada di paras 95.397 manakala Euro naik 0.1% melawan Greenback. Matawang US Dollar lemah melawan Yen, berada di paras 100.70.