Harga minyak mentah melonjak pada hari Isnin dengan pasaran memberi tumpuan kepada perbincangan OPEC yang bakal diadakan lewat minggu ini.
Di New York, minyak mentah bagi penghantaran November meningkat 0.88% kepada $44.87 setong. Sementara itu, Brent mentah meningkat 0.82% setong.
Dalam pertengahan minggu ini, ahli OPEC serta beberapa pengeluar utama dijangka bertemu bagi membincangkan prospek pembekuan bekalan.
Data simpanan AS yang bakal dikeluarkan pada Rabu dan Khamis juga menjadi fokus peniaga-peniaga minyak.
Minggu lepas, harga minyak jatuh mendadak pada Jumaat, apabila pelabur bimbang terhadap pertemuan minggu ini gagal mencapai apa-apa keputusan untuk mengurangkan lebihan global.
Ahli OPEC yang akan diketuai oleh Arab Saudi dan lain-lain pengeksport minyak mentah seperti Iran, Iraq dan OPEC akan bertemu bagi menghadiri Forum Tenaga Antarabangsa.
Jangkaan pasaran dilihat bercampur-campur kerana segelintir pasaran percaya bahawa pertemuan itu akan mencapai keputusan positif, sementara sebilangan lagi menjangkakan sebaliknya.