Yahoo Mengesahkan Lebih 500 Juta Akaun Pengguna Digodam!

60

Yahoo mengesahkan bahawa lebih kurang 500 juta pengguna akaun telah dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sekali gus menjadikan kejadian ini sebagai jenayah siber terbesar yang pernah berlaku didunia.

Menurut Yahoo dalam satu kenyataan, maklumat yang dicuri itu termasuklah nama, alamat emel, nombor telefon, tarikh lahir, serta soalan-soalan sulit, termasuk jawapan.

Justeru, Yahoo menggesa semua pengguna untuk menukar password dan soalan keselamatan mereka dengan kadar segera. Selain itu, syarikat itu juga menggesa untuk semua pemilik akaun Yahoo untuk menyemak akaun mereka dan melaporkan jika terdapat aktiviti yang meragukan.

Selain itu, jika muncul sebarang permintaan data kewangan yang sensitif seperti nombor akaun bank serta data kad kredit dari sumber yang tidak dipercayai, pengguna digalakkan untuk mengabaikan dan tidak memasukkan maklumat yang diminta.

Buat masa ini, Yahoo bekerjasama dengan penguatkuasa undang-undang bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai jenayah itu.

Kata seorang jurucakap FBI, mereka akan menyiasat mengenai pencerobohan data terbabit. Isu ini dikatakan amat serius, jadi mereka akan menyiasat punca dan siapa yang menjadi dalang disebalik jenayah ini.

Jenayah siber kali pertama terjadi kepada Yahoo sejak Ogos lalu apabila seorang penggodam siber yang menggunakan nama “Peace” telah dikatakan menjual hampir 200 juta data pengguna dalam talian. Penggodam yang sama sebelum ini mendakwa menjual akaun yang dicuri daripada LinkedIn dan Myspace.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat