Dollar Australia mencatat keuntungan pada awal sesi Asia sementara menanti data perumahan serta kajian semula dasar pada bulan September. Pasaran juga secara keseluruhannya menunggu kajian semula dasar pada minggu ini dari Jepun dan Amerika Syarikat.
AUD/USD meningkat 0.08%, sementara USD/JPY didagang menurun 0.12%.
Data harga rumah bagi suku kedua di Australia dijangka meningkat kepada 2.5%. Dalam masa yang sama, keputusan mesyuarat RBA juga bakal dikeluarkan minggu ini dengan keputusan mesyuarat yang lepas menetapkan kadar tunai pada rekod rendah iaitu 1.5%.
US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar kali terakhir dinilai pada 95.79.
Semalam, US Dollar terus mengalami kerugian berbanding matawang utama yang lain menjelang FOMC.
Sebelum ini, US Dollar meningkat selepas data harga pengguna dikeluarkan positif pada Jumaat, dengan peningkatan sebanyak 0.2%.
Data ini mencetuskan spekulasi baru mengenai kenaikan kadar AS yang berpotensi untuk dinaikkan pada bulan ini.