Brexit Beri Tamparan Hebat Buat London!

53

Institusi kewangan yang berpusat di Britain akan kehilangan pass masuk bagi menjalankan operasi di kawasan Kesatuan Eropah selepas persitiwa bersejarah, Brexit.

Menurut penggubal dasar ECB, Jens Weidmann dalam satu temu bual, hak kemasukan akan secara automatik terhenti jika Great Britain tidak lagi menjadi sebahagian dari Kesatuan Eropah.

Hak kemasukan ini dianggap sebagai faktor penting dalam menyokong kekuatan London sebagai pusat kewangan dunia. Kehilangan hak ini secara tidak langsung memberi tamparan hebat kepada sektor kewangan yang bertapak di London.

Weidmann melihat peluang yang cerah buat Frankfurt untuk menggantikan ibu kota London.

Pun begitu, beliau tidak menjangkakan penghijrahan besar-besaran dari London ke Frankfurt.

Menurut beliau lagi, Bank Pusat Eropah mengalami conflict of interest iaitu menetapkan dasar kewangan zon euro dan juga menyelia bank-bank.

 

Anda Pasti Kecundang Awal, Jika Amalkan 3 Perkara Ini!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat