Amalkan 3 Perkara Ini Ketika Trade, Dan Anda Pasti Akan Kecundang Awal!

911

Sebelum anda mengambil keputusan untuk terjun dalam bidang FX, anda sudah kaji berapa yang kecundang awal dalam laluan mencabar ini?

Kini kami senarai tiga perkara yang jika anda amalkan, anda pasti tersungkur awal.

  1. Suka cari teknik ‘rahsia’

Memerhati rentak dan reaksi trader yang kononnya sejati boleh membuatkan diri tersenyum sendiri.

Mana tidaknya, Konon-konon wujud teknik yang rahsia sampai modal pelaburan hangus lalu makan diri.

Sedangkan, pasaran berubah, keadaan juga berubah. Mana mungkin ada orang boleh baca masa depan yang kita sendiri tak pasti. Kalau tak, tentu dah boleh buat duit berlori-lori.

Faham analisa fundamental dan teknikal, anda pasti boleh pergi jauh!

  1. Trade melulu tanpa ilmu

Setiap perkara yang kita lakukan bukan sahaja memerlukan matlamat, namun apa yang lebih penting dari itu ialah ilmu.

Proses pembelajaran itu bukan berlangsung sehari dua, ada yang ambil masa sampai bertahun untuk betul-betul mahir dalam ilmu forex ini.

Baca news, tengok momentum dan pergerakan trend. Sambil-sambil tu faham support dan resistance, nah, baru boleh jadi masta!

  1. Terlalu emosi

Trade anda tidak akan kemana jika anda trade menggunakan emosi. Emosi yang sukar dikawal seperti takut dan tamak haloba akan mempengaruhi tindakan anda dalam lapangan ini.

Norma manusia yang suka memperolehi sesuatu dengan kadar yang cepat. Dalam trade, jangan mimpi nak dapat profit segera sampai lupa risiko yang ada pun boleh bawa bala!

 

Lepas baca kesemua perkara ini, semak balik diri anda. Adakah anda tergolong dalam 3 golongan ini?

Amalkan 10 Tips Ini, Anda Pasti Akan Jumpa Jalan Untuk Berjaya!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat