Harga minyak yang mencecah lebih $50 setong Selasa semalam, dalam kedua-dua gred Crude dan Brent, kembali merudum selepas kenyataan menteri minyak UAE, Sheikh Suhail Al-Mazroui yang mengatakan bahawa beliau gembira dengan keadaan harga semasa dan minyak telah membuat pembetulan yang wajar. Kenyataan ini sekaligus, mendorong pasaran mengambil untung belian dan mengurangkan spekulasi pengurangan pengeluaran pada mesyuarat OPEC di Vienna Khamis ini.
Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran Julai yang naik lebih $0.75 setong untuk ke paras tertinggi harian sekitar $50.08, kembali merudum lebih $1.20 setong untuk menutup lebih rendah sekitar paras $48.83 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran Ogos yang membuka dengan ‘gap-up’ dan memacu naik untuk ke paras tertinggi harian sekitar $50.85 setong, merudum lebih $1.25 setong untuk menutup lebih rendah sekitar paras $49.55 setong.
Pemulihan dalam harga minyak kepada sekitar $50 telah mengurangkan tekanan kepada OPEC untuk menutup paip pengeluaran apabila ia bermesyuarat di Vienna pada Khamis ini, untuk mesyuarat pertamanya dengan menteri minyak baru putera mahkota Arab Saudi. “Jangkaan umum adalah tidak akan ada perjanjian untuk mewujudkan kuota atau pengeluaran yang lebih rendah. Keputusan yang paling mungkin ialah satu perjanjian untuk menghadkan pengeluaran.” menurut James Williams di WTRG Economics.
Apabila harga minyak memecahkan paras $50 setong, para trader mula menjual selepas pengeluaran di Nigeria dijangka akan kembali beroperasi dan Rusia telah mencapai paras pengeluaran tertinggi dalam beberapa bulan. Harga mencapai paras psikologi $50 setong pada minggu lalu buat kali pertama pada tahun ini, selepas gangguan pengeluaran di Kanada dan Nigeria meredakan kebimbangan jangka pendek mengenai lebihan bekalan global.
Dari segi sejarah, Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC), yang mengepam sekitar satu pertiga daripada minyak dunia atau kira-kira 30 juta tong setiap hari, telah memberi respons kepada kejatuhan harga dengan mengurangkan pengeluaran. Tetapi dalam kitaran semasa, yang menyaksikan harga merudum dari lebih daripada $100 pada tahun 2014 kepada hampir $ 25, strategi ini telah berubah, dan OPEC mengekalkan pengeluaran walaupun dengan harga yang lebih rendah.
Tujuannya, menurut pakar-pakar minyak, adalah untuk mengekalkan bahagian pasaran dengan meletakkan pesaing-pesaing yang perlu kepada harga minyak yang lebih tinggi untuk kekal beroperasi – terutamanya pengeluar minyak syal AS – keluar dari perniagaan dan strategi ini nampaknya telah membuahkan hasil.