Harga minyak mentah berada dalam dagangan tidak menentu sejak awal tahun ini, berikutan kebimbangan terhadap kesan tambahan bekalan dari Iran, selepas sekatan ekonomi keatasnya kini ditarik balik. Menurut Pentadbiran Maklumat Tenaga Amerika Syarikat (EIA), dalam laporan pandangan jangka pendek tenaga bulan Januari lalu, agensi itu meramalkan purata pengeluaran minyak mentah tahunan Iran akan menjadi 3.1 juta tong sehari pada 2016, atau kira-kira 10% daripada jangkaan jumlah pengeluaran OPEC, dan hampir 3.6 juta tong sehari pada tahun 2017.
Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran Mac, jatuh lebih $2.85 setong untuk ke paras terendah harian sekitar $27.75, sebelum menutup sekitar paras $28.40 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran April, jatuh lebih $3.25 setong untuk ke paras terendah harian sekitar $30.30, sebelum menutup sekitar paras $30.85 setong.
[adrotate group=”6″]
Tidak ada penjelasan yang mudah untuk bagaimana harga minyak mentah dan Dollar AS yang sentiasa bergandingan. Persepsi umum adalah bahawa harga minyak mentah bergerak dalam korelasi songsang dengan Dollar AS, bermakna harga minyak mentah akan jatuh bila Dollar menguat, dan begitu juga sebaliknya. AS harga minyak mentah jatuh kembali di bawah paras $30 setong, selepas mesyuarat antara menteri-menteri minyak dari Arab Saudi dan Venezuela dilaporkan gagal mencapai kata sepakat.