Harga minyak berada dalam dagangan bercampur-campur Khamis semalam, setelah pasaran dikejutkan dengan berita penurunan kadar Reserve Bank of New Zealand sebanyak 25 mata asas, dari 2.5% kepada 2.25% yang tidak dijangka pasaran. Pada masa yang sama, keputusan kadar sifar dari ECB dan penurunan kadar deposit sebanyak 10 mata asas, dari -0.3% kepada -0.4% menyebabkan Euro dalam permintaan tinggi.
Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran April naik turun dari paras terendah harian sekitar $37.20 setong ke setinggi $38.50 setong, sebelum menutup sekitar paras $38.05 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran Mei naik turun dari paras terendah harian sekitar $39.65 setong ke setinggi $41 setong, sebelum menutup sekitar paras $40.15 setong.
[adrotate group=”6″]
Penganalisis melihat kenaikan harga minyak adalah sesuatu yang di dapat bertahan lama, ekoran isu lebihan bekalan global yang masih menguasai pasaran. Ketika ini kenaikan harga tersebut lebih bersifat sentimen harapan terhadap kejayaan rundingan kerjasama antara negara pengeluar OPEC dan bukan OPEC yang dijadualkan bakal bermesyuarat di Moscow, Russia pada 20 Mac ini.