Harga minyak terus memacu naik Jumaat lalu, ekoran sentimen pasaran yang kembali pulih setelah China melaporkan inflasi yang lebih baik dari jangkaan, sekaligus meredakan kebimbangan terhadap kelemahan ekonomi global. Pada masa yang sama, langkah ECB untuk menambah ransangan pembelian bon dari €60 bilion kepada €80 bilion sebulan, serta meningkatkan caj deposit institusi sebanyak 0.1%, mendorong pelabur mencari peluang pelaburan baru.
Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran April naik $1.10 setong ke paras tertinggi harian sekitar $39 sebelum menutup sekitar paras $38.45 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran Mei berada dalam dagangan ‘sideway’, turun naik dari paras tertinggi harian sekitar $41.05 setong ke serendah $40 setong, sebelum menutup sekitar paras $40.30 setong.
[adrotate group=”6″]
Di Dubai, Menteri Minyak Iran Bijan Zanganeh diberitakan hanya akan menyertai rundingan kerjasama negara pengeluara OPEC dan bukan OPEC, apabila pengeluarannya telah mencapai 4 juta tong sehari. Ketika ini Iran sedang meningkatkan pengeluaran dari 1.75 juta tong pada Januari kepada 2 juta tong pada Februari lalu. Sebelum daripada itu, Iran menolak untuk menghadkan pengeluarannya kepada 2.93 juta tong sehari seperti gesaan OPEC.