Harga minyak mentah terus memacu naik Isnin semalam, selepas mesyuarat Arab-Venezuela menunjukkan sedikit tanda-tanda penyelarasan untuk meningkatkan harga. Tiada tanda-tanda nyata muncul dari mesyuarat antara Menteri Minyak Arab Saudi, Ali al-Naimi dan rakan sejawatannya dari Venezuela yang bersedia untuk membincangkan kemerosotan harga.
Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran Mac naik lebih $1.70 setong untuk ke paras tertinggi harian sekitar $30.70 sebelum menutup sekitar paras $30.60 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran April pula naik lebih $1.25 setong untuk ke paras tertinggi harian sekitar $34.10 setong sebelum menutup sekitar paras $34 setong.
[adrotate group=”6″]
Selepas keadaan diplomasi yang tergesa-gesa sejak dua minggu lepas mengenai penurunan pengeluaran, mesyuarat di antara Venezuela dan Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dilihat sebagai “make or break” untuk perjanjian dalam meningkatkan harga yang telah merosot lebih 70% sejak pertengahan 2014.
Apa yang menarik tentang minyak adalah bahawa ianya tidak seperti komoditi lain seperti logam berharga, kerana faktor-faktor yang menyokong permintaan dan bekalan minyak adalah campuran faktor ekonomi dan politik. Faktor terkenal – yang menyebabkan lebihan bekalan – termasuklah peningkatan pengeluaran minyak syal di Amerika Syarikat, keputusan OPEC untuk tidak mengurangkan pengeluaran dan kemasukan Iran ke dalam pasaran minyak selepas sekatan ekonomi ke atasnya diangkat.