Harga minyak susut sedikit Selasa semalam, terkesan dari permintaan untuk Dollar yang meningkat menjelang mesyuarat FOMC awal pagi Khamis esok. Pada masa yang sama, spekulasi mula memenuhi pasaran bahawa rundingan pada 20 Mac ini akan gagal setelah Russia mengisyaratkan bahawa Iran tidak akan menyertai kerjasama menghadan pengeluaran tersebut.
Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran April susut lebih $1.40 setong untuk ke paras terendah harian sekitar $35.95 sebelum menutup sekitar paras $36.90 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran Mei juga susut lebih $1.40 setong untuk ke paras terendah harian sekitar $38.30 sebelum menutup sekitar paras $38.75 setong.
[adrotate group=”6″]
Iran sebagai ahli OPEC dan pengeluar ketiga terbesar dunia, diberitakan tidak bersedia menyertai kerjasama untuk menghadkan pengeluaran pada kuota bulan Januari. Selepas sekatan antarabangsa ke atasnya ditarik balik, Iran merancang untuk mengembalikan had pengeluarannya kepada paras sebelum sekatan iaitu 4 juta tong sehari. Ini jauh melebihi pengeluarannya pada Januari iaitu sebanyak 2.75 juta tong sehari.