Pasaran minyak mentah pulih Rabu semalam, apabila para pelabur dan trader bertukar menjadi optimis dengan perjanjian yang diketuai oleh Russia dan Arab Saudi untuk membekukan tahap pengeluaran dan mengurangkan lebihan global dapat dicapai, sekiranya jika Iran boleh diyakinkan untuk bersama-sama dengan rancangan itu.
Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran Mac melonjak $2.95 setong untuk ke paras tertinggi harian sekitar $31.70 sebelum menutup sekitar paras $31.40 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent melonjak lebih $3.10 setong untuk ke paras tertinggi harian sekitar $34.95 sebelum menutup sekitar paras $34.90 setong.
[adrotate group=”6″]
Kedudukan jualan, dilindung secara agresif selepas pasaran menerima berita bahawa Menteri Minyak Iran Bijan Zanganeh bakal bertemu dengan rakan sejawatnya dari Venezuela, Iraq dan Qatar di Tehran. Walaupun keyakinan diwujudkan oleh mesyuarat itu, ramai penganalisis merasakan bahawa ia adalah sukar untuk meyakinkan Iran supaya membekukan pengeluaran, kerana negara tersebut baru sahaja meningkatkan pengeluaran apabila sekatan antarabangsa ke atas ekonominya ditarik balik baru-baru ini.
Ramai trader merasakan bahawa langkah membekukan pengeluaran pada tahap Januari, hanya membuat sedikit perbezaan terhadap keseimbangan bekalan dan permintaan tahun ini, serta masih tidak mencukupi untuk mengurangkan lebihan 600 ribu tong setiap hari yang diunjurkan untuk tahun ini.