Minyak mentah menjadi bintang pasaran semalam, setelah pulih dan memacu naik; terkesan dari harapan pada had pengeluaran global apabila Rusia, Iran dan Arab Saudi berterusan berusaha untuk mencapai persetujuan. Dalam pada itu, Pentadbiran Am Kastam China mengesahkan bahawa import minyak mentah bulan Januari berjumlah 26.69 juta tan metrik, bersamaan dengan 6.3 juta tong sehari, turun 4.6% daripada tahun sebelumnya.
Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran April membuka dengan ‘gap-up’, kemudian memacu naik lebih $2.05 setong untuk ke paras tertinggi harian sekitar $33.85 sebelum menutup sekitar paras $33.30 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent memacu naik lebih $2.05 setong untuk ke paras tertinggi harian sekitar $34.95 sebelum menutup sekitar paras $34.65 setong.
[adrotate group=”6″]
Harga minyak mencatatkan kenaikan kukuh semalam, selepas kumpulan industri Baker Hughes melaporkan penurunan dalam bilangan pelantar minyak AS, menandakan penurunan untuk minggu ke-sembilan berturut-turut. Bilangan pelantar minyak yang kurang menunjukkan syarikat-syarikat minyak menghadkan pengeluaran, sekaligus berpotensi mengurangkan kebimbangan mengenai lebihan bekalan global.